Hartanah & Conveyancing

Kami menyediakan perkhidmatan penuh dalam urusan hartanah termasuk:

  1. Penyediaan dan semakan Perjanjian Jual Beli (SPA) untuk hartanah kediaman dan komersial.

  2. Perfection of Transfer (POT) dan Perfection of Charge (POC) iaitu Penyempurnaan Hakmilik dan Penyempurnaan Gadaian untuk hartanah berstatus strata mahupun individu (selepas pihak Pemaju telah selesai pecahkan Lot bagi hartanah tersebut).

  3. Pindah Milik Kasih Sayang antara ahli keluarga seperti ibu bapa kepada anak atau pasangan suami isteri.

  4. Urusan pendaftaran pindah milik di Pejabat Tanah dan penyelesaian sebarang isu berkaitan hak milik.

  5. Urusan Pelepasan Gadaian – Membantu individu dan Syarikat dalam proses pelepasan gadaian bagi hartanah atau Pembiayaan perniagaan yang telah selesai pembiayaannya dengan institusi kewangan.